Friday, June 26, 2009

BELAJAR BERSYUKUR DENGAN NIKMAT BEPERSATUAN

Menghargai sesuatu nikmat kurniaan Allah sangat dituntut oleh agama, lebih-lebih lagi kenikmatan, kesenangan dan kebahagian itu memandu diri kita ke arah jalan yang diredhai Allah. Dalam berjuta manusia di muka bumi Allah, adakah semua mengucapkan syukur setiap kali merasai kesenangan? Tetapi ramai di kalangan mereka tidak menyedari bahawa diri mereka alpa dan leka.

Paling menyedihkan lagi ialah diuji oleh Allah dengan sebesar-besar ujian iaitu kufur dengan nikmat. Seperti terkandung dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

“Jika kamu bersyukur dengan nikmatku nescaya akan ku tambah nikmat kepadamu sekiranya kamu kufur maka nantilah azab aku yang sangat pedih”

Sesungguhnya telah jelas kepada kita konsep syukur yang dituntut oleh agama. Bukan hanya sekadar merasai kenikmatan semata-mata, tetapi mestilah dilafazkan dan dibuktikan, sebagai tanda menghargai sesuatu pemberian daripada Penciptanya. Rasulullah SAW merupakan manusia yang paling ikhlas syukurnya ke hadrat Allah SWT walaupun dijanjikan dengan balasan syurga, sesuai dengan sifat maksumnya.

Disebut di dalam hadis Aisyah RA : Bahawasanya Nabi saw sentiasa bangun untuk solat malam sehinggakan bengkak kedua kakinya, kemudian Aisyah bertanya kepadanya: “ Wahai Rasulullah kenapa kamu berbuat seperti itu sedangkan Allah telah mengampuni segala dosamu baik dosa yang telah lampau maupun dosa yang akan datang?.” Baginda SAW menjawab: “ Apakah tidak seharusnya aku menjadi hamba yang bersyukur”.

Namun kelemahan kita sebagai ummat Islam, ialah selalu membandingkan pemberian itu samada banyak ataupun sedikit. Ketika dalam kesusahan dan kesenangan, ketika dalam sihat dan sakit atau seumpama dengannya. Walhal ia tidak pula diukur dengan berapa banyak kita telah kecapi, sedangkan kita hidup di dunia ini sudah cukup sempurna untuk membuktikan kesyukuran itu selayaknya kepada Allah SWT.

Menyentuh sedikit tentang kenikmatan persatuan yang kita kecapi, masih ramai diantara kita yang tidak menggunakan cara dengan sebaiknya. Mengapa orang terdahulu beriya benar mewujudkan persatuan ketika zaman mereka dahulu? Adakah zaman kita hari ini tidak memerlukan wadah perjuangan yang diimpikan oleh golongan terdahulu?. Ataupun tidak releven untuk diteruskan ke hari ini?.

Bagi menjelaskan situasi hari ini, kurangnya ahli melibatkan diri dalam persatuan berbanding zaman terdahulu. Menjelaskan keadaan di sini bukanlah hendak menghentam mana-mana pihak tetapi melihatkan perkembangan yang berlaku tidak boleh di pertikaikan kesahihannya.





Mengimbas tujuan orang terdahulu datang ke bumi Mesir menuntut ilmu. Mereka hidup dalam keadaan jerih perih dari segi perbelanjaan, tidak ada autoriti untuk menyuarakan pandangan persatuan atau kelompok. Namun mereka merasakan keperluan mewujudkan satu persatuan yang bukan hanya menyalurkan kebajikan semata-mata tetapi mahukan sumbangan yang boleh diberi samada ilmu dan idea.

Namun kita kerap terlupa dengan nikmat yang telah Allah kurniakan ini. Kita tidak bersungguh untuk memelihara persatuan tatkala hidup kita dikelilingi oleh kesenangan yang melimpah ruah. Kita hanya berpersatuan untuk menerima kebajikan semata-mata, tetapi tidak sedikitpun membantu dari segi sumbangan dan sebagainya.

Kadang kala tindakan kita keterlaluan sehingga sanggup membiarkan orang lain dalam kesusahan. Dalam keadaan persatuan bermasalah, kita menjadi orang yang handal mereka-reka cerita dan menokok tambah masalah, bukan mencari penyelesaian masalah. Paling menyedihkan lagi, masih ada yang seronok dengan kucar-kacir yang dibuatnya sendiri.

Adakah ini tujuan PMRAM di tubuhkan? Sekadar mana keprihatinan kita kepada persatuan dan sahabat-sahabat lain. Mampukah kita menjawab di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak?

Sabda Rasululllah SAW: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya lebih dari mengasihi dirinya sendiri”.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama memahami tujuan sebenar kita berpersatuan. Janganlah kita hanya ingin memungut keuntungan dan kepentingan peribadi daripada persatuan semata-mata. Sedangkan tanggungjawab kita terhadap persatuan lebih banyak dari itu. Janganlah kita menjadi seorang yang meninggalkan persatuan kerana merasa persatuan tidak memberi sebarang kepentingan untuk memuaskan peribadi kita. Bersyukurlah dengan nikmat persatuan ini.

Saturday, June 20, 2009

Hal nahnu qaumun amaliyyuun?

Bismillahirrahmanirraheem..

Peringatan penting buat diri,
hal nahnu qaumun amaliyyuun? adakah kita orang2 yang beramal? atau hanya pandai berkata-kata..@cakap

=======================

Seorang muslim dituntut bekerja sehingga akhir hayatnya. Meskipun hari kiamat sudah dekat, jika tunas pokok yang ada di tangannya sempat ditanam, hendaklah dia menanamnya, sesuai dengan hadis Rasulullah saw. Amal perbuatan di dalam Islam merupakan ibadah dan jihad, baik ianya bersifat duniawi, apatah lagi jika ianya bersifat ukhrawi. Jika niatnya benar dan selalu menjaga hukum-hakam Allah, maka kerja yang dilakukannya itu dihitung sebagai suatu ibadah.

Tetapi, sangat disayangkan, umat Islam merupakan umat yang paling sedikit derma bakti dan amal perbuatan, malah yang paling banyak bercakap dan berdebat. Kita berbicara banyak dan sedikit kerja. Andai bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting. Malah kadang-kadang kita mengerjakan suatu yang tidak bermanfaat sedikitpun.

Kita cenderung dan lebih banyak berlegar-legar di sekeliling kita. Seperti seekor lembu yang menggerakkan mesin penggiling. Sudah banyak persidangan Islam di peringkat nasional dan international, dan sudah banyak keputusan yang sudah disepakati untuk dilaksanakan, tetapi sedikit sekali yang dilaksanakan, dan sebahagian besar hanyalah berupa hitam putih di atas kertas.

Mengapa?

Adakah kerana kita sudah terbiasa pandai bercakap dan tidak pandai bekerja dengan baik? Atau kerana kita bercakap dan mengharapkan orang lain untuk melaksanakannya? Atau barangkali kerana memang tugas kita hanya untuk menyusun keputusan dan kesepakatan, kemudian kita limpahkan kepada orang lain untuk diteruskan dan dilaksanakan, tanpa memperhatikan lagi apa yang telah kita putuskan dan sepakati itu?

Kata-kata yang jujur dan berpengaruh itu memang penting, kerana mukjizat pertama al-Quran, hanyalah kata-kata, dan hadis-hadis Rasulullah saw juga terdiri dari kata-kata. Tetapi kata itu tidak boleh mengungguli amal perbuatan, dan mungkin rahsianya terletak di sana.

Mengapa al-Quran al-Karim diturunkan beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun? Ini tidak lain agar memberikan kesempatan kepada kaum mukminin merealisasikan firman Allah itu menjadi amal soleh, menjadi suatu kehidupan yang mampu berbicara sendiri, seperti yang dilukiskan Aisyah ra tentang Rasulullah saw dengan kata-katanya yang termasyhur : “Akhlak Rasulullah itu seperti al-Quran.” Ertinya sesuai dengan apa yang tersurat dan tersirat di dalam al-Quran.

Bercakap memang perlu, malah peperangan itu adakalanya dimulai dari percakapan, seperti yang dikatakan oleh seorang penyair. Tetapi kata-kata itu akan dicela orang, jika ianya lebih banyak dari kerja, lebih tercela lagi jika kata-kata itu bertentangan dengan kerjanya.

Dalam hal ini Allah SWT telah mengumumkan ancamannya :

“Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan suatu yang tidak kamu lakukan? Amat berat kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan suatu yang tidak kamu lakukan..”(as-Soff : 2-3)

Nikmat usia yg perlu disyukuri insan..

Assalamualaikum…


1/6/1985-1/6/2009

Terlebih dahulu ingin aku memanjatkan kesyukuran di atas nikmat dan keizinan yg Allah berikan,memberi kesempatan untuk diriku terus bernafas di atas muka bumi Allah Taala ini.Terima kasih ya Allah di atas nikmat usia yang Engkau berikan 1 /6 /2009 genap 24 tahun aku pinjam anugerah ini daripada-Mu,sesungguhnya tiadalah daya untuk aku membalas pemberian yg Engkau berikan ini,apalah yang dapat di banggakan dengan hidup ini jika di nilai dengan secebis amalan ku di dunia ini terhadap-Mu.Namun aku akui semua ini ketentuan dari-Mu untuk menguji sejauh mana imanku..Hanya lafaz syukur “Alhamdulillah” kalimah agung yg layak aku berikan kepada Mu.Moga-moga Engkau memberkati kehidupanku selama mana hidupnya aku di persinggahan fana’ ini.Tiada yg lebih berharga daripada mendapat redha dr-Mu.Apalah erti hidup berpanjangan andai ia sia-sia di sisi-Mu..Tuntuni dan pimpinlah hati ini dalam meraih cinta dan kasih sayang-Mu.

Pada tarikh yg bersejarah ini juga lahirlah blog ini.Sebenarnya sudah lama aku impikan untuk memiliki blog sendiri,akhirnya impian ini tercapai jua.Ucapan terima kasih aku ucapkan khas buat teman "cahaya_hijrah" yg merealisasikan impianku sekian lama ini.Hanya Allah shj yg dpt membalas kebaikan dan pertolongan yg dikau berikan.Mudah-mudahan hadirnya diriku dalam dunia blogger ini memberi kebaikan kepada diri ku dan kalian teman-teman sekalian.

Langkah tercipta demi sebuah perjuangan dan kebenaran yg hakiki.Mudah-mudahan kau memberkati usaha kecil ini.Salam Imtihan buat teman-teman,mudah-mudahan Allah mengurniakan kejayaan dunia akhirat buat kita semua.Amin Ya Rabb.

“Jikalau Islam di puncak tinggi...Akan ku terus juang mendaki”

“Jika Islam di hujung dunia...Kerna iman ku terus berjuang”

TERIMA KASIH BONDA, AYAHANDA



Tiada yang dapat kuberi
Jadi balasan buat kalian
Melahirkan dan membesarkan
Hingga kini
Aku mampu berdikari

Hanya doa kudus ku panjatkan
Pada Tuhan
Agar kalian diberkati
Dirahmati
Dilindungi
Hingga hujung nyawa

Terima kasih papa mama..
Haji Hairudin b.Mohd Isa & Hajah Syarifah Hawa Bt.Syed Tajul Ariffin